fbpx

Kes bunuh diri naik 143 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan sebanyak 638 kes bunuh diri dilaporkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat Julai lalu iaitu peningkatan 143 peratus atau 1.4 kali lebih tinggi berbanding 262 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu juga lebih tinggi berbanding 631 kes bunuh diri di negara ini sepanjang tahun lepas dan 609 kes pada tahun sebelumnya.

Berikutan situasi itu, Noor Hisham berkata, peranan masyarakat secara bersama perlu bagi mengenal pasti simptom awal kemurungan dan tingkah laku bunuh diri dalam kalangan orang-orang yang disayangi selaras dengan konsep Keluarga Malaysia.

Katanya, masyarakat boleh mengambil tahu dan bertanya khabar ahli keluarga dan orang sekeliling terutamanya yang terkesan akibat situasi pandemik Covid-19.

“Masyarakat juga boleh berikan sokongan dan dorongan kepada mereka untuk mendapatkan bantuan dan rawatan serta membuang stigma negatif terhadap keluarga dan individu dengan penyakit mental selain tidak menghakimi kejadian bunuh diri.

“Mereka juga boleh elakkan penularan sebarang berita, video atau gambar berkaitan kejadian bunuh diri ke media sosial selain mengekalkan hubungan dan berikan sokongan sosial terutama selepas sesuatu krisis,” katanya dalam kenyataan hari ini sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia bertemakan ‘Bertindak Segera, Harapan Terbina’. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI