fbpx

Kerbau musnahkan tanaman musang king

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara pokok durian musang king yang dimusnahkan kawanan kerbau di Sungai Salan, Jerantut semalam.

JERANTUT – Seorang pemilik kebun durian musang king berputih mata apabila sebahagian daripada tanaman durian musang king di kebunnya musnah dimakan kerbau di Sungai Salan di sini.

Mohd. Hanif Abdullah, 28, yang terkejut dengan kejadian itu berkata, antara lapan hingga 10 ekor kerbau dipercayai menceroboh kawasan kebunnya pada awal pagi semalam.

“Saya dapati sebahagian pokok musang king daripada 30 batang pokok yang ditanam di kawasan berbukit kebun seluas 0.4 hektar ini musnah termasuk anak pokok pisang

“Saya berasa amat kecewa dan tertekan kerana tanaman musang king sudah berusia dua tahun lebih dan mencapai ketinggian hampir dua meter dimakan pucuk dan daunnya,  kemudiannya dahan dipatahkan serta pokok tumbang,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Hanif, dia yang turut mengusahakan kebun keluarganya seluas 15 hektar dengan 600 pokok kelapa sawit dan pisang mula bimbang ancaman kerbau di kawasan itu.

“Saya tidak tahu siapa pemilik kerbau liar ini yang kerap menyeberang anak Sungai Salan sebelum menceroboh ke kebun durian musang king ini.

“Kejadian kerbau memusnahkan tanaman ini amat membimbangkan kerana haiwan ini akan datang semula dan menceroboh ini ketika saya tiada di kebun,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI