fbpx

Kadar pengangguran bulan Julai kekal 4.8 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kadar ­pengangguran bagi bulan Julai 2021 kekal pada tahap 4.8 peratus, ketika negara menyaksikan bilangan penganggur sedikit bertambah kepada 778,200 orang berbanding 768,700 orang pada Jun lalu.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, berdasarkan Statistik Tenaga Buruh oleh Jabatan Pe­rangkaan Julai 2021 menyaksikan bilangan guna tenaga terus menurun, namun pada kadar yang perlahan.

“Pada awal Julai, seluruh negara beralih ke Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mengambil kira faktor peningkatan berterusan jumlah kes baharu Covid-19 dan kadar vaksinasi yang semakin tinggi, sebelum lapan negeri beralih ke Fasa 2 PPN secara berperingkat yang membenarkan lebih banyak aktiviti ekonomi beroperasi.

“Ini telah membawa kesan positif terhadap ekonomi dan kedudukan tenaga buruh di ne­geri-negeri tersebut. Bagaima­napun, lapan buah negeri de­ngan liputan sekitar 52 peratus tenaga buruh di Malaysia masih kekal berada dalam Fasa 1 PPN.

“Bagi Selangor dan Kuala Lumpur, sebahagian besar daerah dan lokaliti berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Diperketatkan pada 3 hingga 16 Julai 2021 yang ­menyebabkan aktiviti ekonomi dan perkhidmatan tidak pen­ting telah dihentikan seketika,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd. Uzir menambah, pasaran buruh secara umumnya berhubung secara positif dengan prestasi ekonomi dan pelaksanaan PPN telah memberikan sedikit fleksibiliti kepada akti­viti ekonomi untuk kembali beroperasi, selari dengan fasa PPN.

“Dengan kebenaran bagi 11 aktiviti perniagaan untuk beroperasi semula mulai 16 Ogos 2021 di bawah Fasa 1, ditambah peralihan beberapa negeri kepada Fasa 3 dan Fasa 4, lebih banyak aktiviti pasaran buruh dijangka berlaku pada bulan akan datang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI