fbpx

Jumpa bom tangan semasa kemas almari baju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bentuk bom tangan yang dijumpai Nunung ketika mengemas almari pakaiannya. - Suara.com/Abdul Aziz

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia terkejut apabila menemui sebutir bom tangan ketika mengemas almari pakaian di rumahnya, lapor Suara.com, semalam.

Nunung yang berasal dari Lingkungan Sumanding Wetan, Kota Banjar berkata,  dia pada mulanya tidak mengecam senjata itu sebelum diamati dengan teliti.

Ketua Polis Banjar, Asisten Komisioner Ardiyaningsih mengesahkan penemuan bom tangan itu dan memberitahu bahawa grenad itu sudah diserahkan pada pihak berkuasa.

“Nunung menjumpai bom tangan itu di rumahnya secara tidak sengaja dan mengambil tindakan bijak apabila segera menyerahkannya kepada pihak polis.

“Bom tersebut dipercayai berada di rumah Nunung kerana ia pernah didiami oleh seorang pesara tentera yang merupakan pejuang kemerdekaan suatu ketika dahulu,” jelas Ardiyaningsih. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI