fbpx

Joong-ki jadi duta produk artis popular Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOONG-KI

BARU-BARU ini tular dalam media sosial mengenai aktor popular Song Joong-ki yang sedang berbual menerusi panggilan video bersama seorang pelakon Indonesia, Felicya Angelista.

Rata-rata netizen cemburu dan tidak senang duduk dengan pelakon itu yang berpeluang bercakap bersama aktor drama fenomena Vincenzo berkenaan.

Difahamkan Joong-ki sebenarnya merupakan jurucakap dan duta sejenis produk penjagaan kecantikan milik pelakon berkenaan iaitu Scarlett Whitening.

Menerusi klip video yang dimuat naik dalam Instagram, pelakon Indonesia itu meminta pengikutnya meneka identiti duta baharu untuk produknya dengan memaparkan beberapa foto Joong-ki.

Hantaran terbabit juga sekali gus menjawab dan meleraikan persoalan netizen mengapa Joong-ki sanggup melayani kehendak Felicya yang kononnya ‘mengidam’ disebabkan sedang hamil enam bulan menerusi satu panggilan video.

Pada masa sama, usaha aktres seberang bekerjasama dengan aktor ternama Korea Selatan terbabit mendapat pujian netizen, selain ramai mula berteka-teki mengenai jumlah bayaran yang diterimanya Joong-ki sebagai duta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI