fbpx

Janna Nick terkilan digelar ‘orang sakit mental’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA NICK meluahkan rasa terkilan apabila digelar sakit mental oleh netizen.

PETALING JAYA – Dilempar dengan gelaran orang sakit mental, pelakon Janna Nick terkilan dengan sikap seorang pengguna Instagram apabila bersikap tidak sensitif dan memandang remeh tentang isu masalah kesihatan mental.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Janna Muner, 26, berkata dia tidak faham mengapa wujud segelintir individu yang boleh menulis komen teruk semata-mata ingin menyakitkan hati orang lain.

“Kadang-kadang tak faham kenapa wujud manusia yang gigih komen benda-benda teruk dan menyakitkan hati orang lain.

“Saya pun pengguna media sosial tetapi tidak pernah pun nak tulis komen terus atau tinggalkan kritikan kerana tidak suka terhadap sesuatu perkara,” katanya dalam satu entri InstaStory hari ini.

Tambah bekas pengacara Melodi itu, tindakan negatif tersebut sekaligus mencerminkan keperibadian dan hati seseorang.

“Benda itu mencerminkan hati anda semua macam mana. Saya tak cakap yang saya baik.

“Kalau benda yang saya suka pasti akan puji tetapi kalau tidak, saya diam sahaja. Saya tak akan gigih nak buat ciapan negatif,” ujarnya lagi.

Sementara itu, dalam hantaran lain, pelakon filem Pasal Kau itu meminta netizen supaya tidak berasa bangga apabila dapat membuli seseorang kerana perbuatan tersebut langsung tidak membanggakan.

“Tak perlu bangga dapat jadi pembuli siber terhebat. Saya tidak faham apa kejayaan anda apabila dapat mengecam seseorang. Rasa puas ke?” katanya.

Terdahulu, Janna berkongsi tangkap layan komen yang ditinggalkan seorang pengguna Instagram apabila menggelarnya dengan gelaran ‘orang sakit mental’.

Sehubungan itu, kekasih kepada pelakon Dini Azan Schatzmann berpendapat bahawa netizen seakan-akan mempunyai ‘hak’ untuk bersuara dengan menyampaikan sesuatu yang salah berbanding golongan artis.

“Iyalah, dah jadi ‘public figure’. Terima sahajalah apa kritikan orang,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI