fbpx

‘Ibu bapa sukar pantau PdPR’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kesukaran memantau anak-anak menjalani pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) kerana perlu be­kerja atau mempunyai bilangan anak yang ramai antara faktor sebilangan ibu bapa meminta supaya sekolah dibuka semula.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Keluarga Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Rafidah Aga Mohd. Jaladin berkata, faktor kedua mungkin disebabkan ibu bapa terbabit kekurangan kemudahan dan peralatan untuk membolehkan anak-anak mereka mengikuti PdPR dengan baik.

“Faktor seterusnya mungkin kerana kekurangan pengetahuan untuk membimbing anak-anak dalam pembelajaran di rumah kerana silibus yang berbeza ­berbanding zaman persekolahan ibu bapa.

“Mungkin mereka juga risau pendidikan anak melalui PdPR tidak mampu menyediakan anak mereka untuk menduduki pe­periksaan besar (utama) kelak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin baru-baru ini mengesahkan sesi persekolahan secara bersemuka akan dilaksa­nakan pada 3 Oktober depan.

Rafidah berkata, bagi ibu bapa yang belum bersedia untuk anak kembali ke sekolah adalah dise­babkan berasa khuatir ­terhadap keselamatan anak mereka dalam keadaan situasi pandemik ­Co­vid-19 yang masih belum stabil.

Justeru, katanya, sesi persekolahan secara fizikal yang di­jangka bermula bulan depan ­perlu dilaksanakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang diperketatkan termasuk mengurangkan bilangan pelajar dalam kelas kepada 50 peratus.

Sementara itu, seorang bapa yang hanya mahu dikenali sebagai Alif, 42, berkata, beliau bersetuju sekolah dibuka semula, tetapi dengan SOP yang amat ketat termasuk selepas tamat waktu persekolahan.

“Saya bimbang mengenai pendidikan anak-anak yang telah lama tidak ke sekolah. Tidak ­semua pelajar mampu mengikuti PdPR dengan sempurna. Namun pastikan SOP yang selamat untuk mereka bermula tiba di sekolah sehingga pulang dari sekolah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI