PETALING JAYA – Pembalakan hutan yang berterusan menjadi salah satu punca habitat haiwan-haiwan liar terancam.
Menerusi perkongsian di Facebook Persatuan Haiwan Malaysia, setiap bulan negara disajikan dengan gambar-gambar bangkai haiwan liar maut kemalangan dan dibunuh dengan racun.
“Haiwan liar seperti gajah, tapir, harimau, Kucing Batu dan beruk antara yang sering didengari keluar habitat dan berakhir kematian.
“Apa guna usaha pelbagai kempen selamatkan haiwan liar sekiranya habitatnya semakin mengecil. Dahulu ancaman haiwan liar tertumpu kepada kejahatan pemburu haram namun kini ancaman haiwan liar adalah pembalak berlesen,” tulisnya di Facebook hari ini.
Tambahnya, usaha menyelamatkan haiwan tersebut seperti tiada makna selagi tempat tinggal haiwan-haiwan itu diancam dengan kerakusan manusia.
“Laungan usaha selamatkan haiwan liar hanya sekadar propaganda dan retorik semata-mata. Ia amat sia-sia selagi manusia mengancam kehidupannya di alam semulajadi.
“Berhenti pembukaan kawasan tiada keperluan, hentikan pembalakan,” tegasnya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929