fbpx

Harga besi mahal sukarkan pemaju perumahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rodziah (kanan) mendengar penjelasan mengenai spesifikasi salah sebuah Rumah Selangorku dari Pengurus Besar Wilayah Tengah IJM Land, Datuk Hoo Kim See (kiri) di Taman Alam Suria, Kuala Selangor, hari ini.

KUALA SELANGOR – Harga besi yang tinggi menjadi dilema kepada syarikat pemaju dalam pembinaan rumah khususnya di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail berkata, ini berikutan keluhan terima daripada beberapa pemaju dalam projek Rumah Selangor dari segi peletakan harga rumah.

Justeru, katanya, kerajaan pusat diminta dapat memainkan peranan dalam menstabilkan harga besi berkenaan demi kebaikan semua pihak.

“Kita (kerajaan negeri) tidak mempunyai kuasa kerana ia tertakluk di bawah kerajaan pusat.

“Bagi menyelesaikannya, saya meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk bincang dengan kementerian berkaitan berhubung isu harga besi ini,” katanya selepas menyerahkan kunci kepada tujuh pembeli Rumah Selangorku di Taman Alam Suria, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Rodziah menjelaskan kerajaan negeri bertegas meminta syarikat pemaju projek Rumah Selangorku membina rumah mengikut harga yang telah dipersetujui kedua-dua belah pihak. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI