fbpx

Guru tipu cuti sakit untuk kerja kontrak lumayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guru Matematik di Itali sanggup menipu untuk mendapatkan cuti sakit semata-mata mahu mendapatkan tawaran kerja kontrak dengan syarikat luar. - Getty Images

MILAN, Itali – Seorang guru Matematik di Pordenone, Itali ditahan selepas tindakannya yang kerap mengambil cuti sakit dibongkar polis, lapor akhbar The Sun UK, kelmarin.

Guru lelaki yang memegang jawatan tetap di sebuah institusi di Pordenone itu dilaporkan mengambil 769 hari cuti dalam tempoh tiga tahun perkhidmatannya dengan alasan mempunyai masalah kesihatan.

Menurut laporan polis, guru itu memohon 549 cuti sakit dan 310 cuti paterniti yang ditandatangani doktor peribadi dengan dakwaan perlu menjaga anak yang baru dilahirkan.

Tindakan keterlaluan suspek menimbulkan rasa tidak puasa hati rakan sekerja lalu melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa.

Selepas disiasat, muslihat guru itu terbongkar apabila dia sebenarnya menggunakan waktu cuti yang diambil untuk menjadi pekerja kontrak di merata tempat di seluruh negara.

Sepanjang tempoh tersebut, suspek berjaya mengumpul wang sehingga £82,000 (RM470,380), hasil bekerja dengan beberapa syarikat terkemuka. 

Polis mengetahui berkenaan tipu muslihatnya dengan menyusun semula pergerakan lelaki itu dengan teliti semasa dia bercuti dan mengesan resit tol jalan raya dan tempahan hotel.

Semasa bekerja di Institut Teknikal Perindustrian di Pordenone  antara 2016 dan 2019, guru itu juga telah menuntut £11,000 (RM63,100) untuk faedah penyakit dan penjagaan anak. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI