PETALING JAYA – “Bunga-bunga (anak), Insya-Allah ada, doakan yang terbaik.”
Itu jawapan ringkas suami selebriti popular Neelofa iaitu Haris Ismail apabila diasak soalan berkaitan kehamilan isterinya oleh aktor terkenal, Datuk Rosyam Nor dalam satu temu bual siaran langsung, Sembang Viral malam ini.
Temu bual yang membicarakan tajuk mengenai hijab dan hijrah mencuri perhatian umum apabila Rosyam bertanyakan soalan adakah Haris dan Neelofa bakal menimang cahaya mata.
“Dah ada bunga-bunga nak ada anak ke?” soal Rosyam kepada Haris secara spontan.
Tidak menafikan atau mengesahkan pertanyaan tersebut, bekas peserta program Pencetus Ummah itu hanya memohon orang ramai mendoakaan dirinya dan isteri.
“Kita mencuba. Bunga-bunga Insya-Allah ada, doa-doakanlah yang terbaik,” jawab Haris ringkas.
Walaupun tiada pengesahan, rata-rata penonton siaran langsung tersebut teruja dengan jawapan Haris sekaligus ruangan komen dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa buat Neelofa.
Sebelum ini, khabar angin mengenai bekas pengacara MeleTOP berkenaan sedang hamil bertiup kencang selepas terdapat dakwaan ‘baby bumpnya’ mula kelihatan dalam beberapa foto yang dikongsi.
Sehingga kini, Neelofa mahupun Haris masih mengunci mulut dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan ramai tersebut.
Untuk rekod, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 32, mendirikan rumah tangga dengan Haris di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929