fbpx

Caprice ejek ‘sotong’, Sharnaaz ajak bersemuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar laman Instagram Caprice (kanan) dan Sharnaaz.

PETALING JAYA – Sengketa antara aktivis kemanusiaan, Caprice dengan pelakon Sharnaaz Ahmad memasuki episod baharu apabila kedua-dua figura itu saling membalas hantaran media sosial.

Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli, 33, menerusi Instagram mengajuk Sharnaaz dengan gelaran sotong, satu karakter yang pernah dijayakannya menerusi sebuah drama rantaian suatu ketika dahulu, Suamiku Encik Sotong.

“Dari jauh je berani sotong see you when I see you @sharnaazahmad (emoji mencium dengan hembusan hati),” tulis Caprice sebagai kapsyen pada hantaran video yang dimuat naik dalam Instagramnya.

Video tersebut menyaksikan Sharnaaz dan rakan baiknya, Shukri Yahaya juga seorang pelakon seolah-olah sedang mempersendakan kegagalan Caprice memasuki Gaza, Palestin sepanjang misi kemanusiaan yang digembar-gembur, sebaliknya hanya menghabiskan masa dua bulan di Jordan dan Mesir.

Dalam video sama, Sharnaaz berpenampilan seperti orang Arab iaitu berpakaian thawb berwarna putih, sejenis busana yang digayakan Caprice dalam sebuah video muzik yang dirakamkan di Jordan.

Tidak puas hati namanya dipetik, Sharnaaz tidak menunggu lama untuk memberi respons apabila mencabar Caprice untuk bersemuka dengannya memandangkan penyanyi rap itu sudah berada di Malaysia.

“Sudah hantar location (lokasi) marilah sayang jemput makan tengah hari. Lauk sotong pun ada ni.

“Petik nama orang tapi block (sekat) orang. Lu (kamu) memang penakutlah. Konon bawa panji Islam, jarum pun nangis pegang tangan orang. Belum kena gegar lagi,” tulis Sharnaaz dalam InstaStory.

Bekas suami usahawan Noor Nabila itu turut berkongsi paparan skrin dirinya telah menghubungi pelantun lagu Lenglui itu termasuk berkongsi peta lokasi keberadaan dirinya sekarang.

Terdahulu, ketika berada selama lebih dua bulan di negara Arab, Sharnaaz beberapa kali memerli Caprice dan memperkecilkan dakwahnya yang tidak kesampaian kerana gagal memasuki Palestin.

Sharnaaz, Shukri dan Zizan Razak pernah bersiaran langsung (live) dalam Instagram dan antara perlian yang diutarakan sesi live adalah tidak sabar menunggu Caprice pulang ke Malaysia dan menghadiahkan mereka cenderamata patung Firaun. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI