fbpx

Cadangan bantuan one-off RM300 untuk mahasiswa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) mengemukakan sebanyak lapan resolusi bagi memastikan Pelan Pemulihan Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang akan dibentangkan dalam masa terdekat bermanfaat kepada mahasiswa.

Presiden MPPK, Muhammad Amir Asyraf Mohd. Sabri berkata, antara resolusi yang digariskan termasuklah memohon bantuan one-off sebanyak RM300 kepada mahasiswa melalui Belanjawan 2022.

“Kami juga mahu pergerakan pulang mahasiswa dibuat secara pilihan di mana mereka boleh memilih sama ada mahu pulang ke kampus atau sebaliknya selain pergerakan dibuat secara berperingkat.

“Kerajaan juga perlu menyeragamkan prosedur operasi standard (SOP) untuk semua IPT bagi urusan pergerakan keluar masuk kampus mengikut panduan Majlis Keselamatan Negara serta keutamaan diberikan kepada mahasiswa lengkap divaksin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, MPPK turut menggariskan resolusi supaya sesi pengajaran dan pembelajaran dibuat secara hybrid iaitu menggunakan konsep bersemuka serta secara atas talian.

“Mahasiswa juga perlu diberikan kit ujian saringan Covid-19 secara percuma serta pemberian insentif diskaun penerbangan untuk pulang ke kampus.

“Jadi, kami berharap agar resolusi yang dinyatakan dapat dipertimbangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi memastikan semua IPT dapat mewujudkan gelembung kampus selamat,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI