fbpx

Berpuasa tiga bulan sejak muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Munah (kanan) dan adiknya, Pah menunjukkan kad pengenalan masing-masing ketika ditemui di Kampung Rengas, Tok Bok di Machang, Kelantan kelmarin.

MACHANG – Dua beradik wa­nita warga emas mendedahkan berpuasa selama tiga bulan berturut-turut sebelum kedatangan Ramadan menjadi amalan mereka­ untuk kekal sihat biarpun berusia lebih satu abad.

Munah Yunus, 115, dan adik­nya, Pah, 111, yang sudah kematian pasangan masing-masing kini masih sihat tubuh badan, namun terpaksa mengengsot untuk bergerak selepas terjatuh kira-kira 10 tahun lalu.

Menurut Pah, dia dan kakak­nya mengamalkan puasa sunat pada bulan Rejab dan Syaaban mengikut kalendar hijrah sebelum menyambung ibadah wajib itu pada Ramadan setiap tahun.

Katanya, amalan itu dilakukan sejak mereka muda lagi dan diteruskan meskipun sudah bergelar warga emas.

“Selain berpuasa selama tiga bulan berturut-turut, kami berdua juga mengamalkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis setiap minggu pada bulan-bulan lain.

“Sejak kebelakangan ini, di­sebabkan faktor kesihatan dan lanjut usia, kakak saya sudah tidak mampu lagi untuk berpuasa selama tiga bulan. Dia hanya puasa penuh hanya pada bulan Ramadan kerana mudah keletihan,” katanya ketika ditemui di rumah anaknya di Kampung Re­ngas, Tok Bok di sini kelmarin.

Pah memiliki lima anak, 18 cucu dan 36 cicit.

Bercerita lanjut, Pah mem­beritahu, selain berpuasa sunat, dia dan kakaknya tidak meninggalkan ibadah wajib lain terma­suk solat lima waktu meskipun terpaksa melakukannya dengan cara duduk.

Mengikut kad pengenalan yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara, Pah berusia 97 tahun, manakala kakaknya pula berusia 101 tahun.

Walau pun bagaimanapun, usia dua beradik itu dipercayai sudah melebihi 100 tahun berdasarkan kepada simbol * pada hujung nombor dokumen tersebut.

Pah mempunyai penya­kit darah tinggi dan parkinson, manakala kakak pula tidak menghidap sebarang penyakit kronik.

Biarpun sudah lanjut usia, Pah dan kakaknya telah menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong di sini pada awal Ogos lalu sebagai ikhtiar mereka untuk menjaga kesihatan masing-ma­sing di musim pandemik Co­vid-19 ini.

Sementara itu, anak ketiga Pah, Mohd. Ramli Ismail, 63, berkata, selain berpuasa, ibunya juga sangat mengambil berat berkaitan pemakanannya dan hanya makan hidangan sihat se­perti ulam-ulaman.

“Saya bersyukur kerana ibu dan ibu saudara (Munah) dikurniakan kesihatan yang baik.

“Dalam usia yang sudah melebihi satu abad, mereka diberi peluang untuk melihat cucu-cucu dan cicit-cicit membesar di depan mata,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI