fbpx

Artis antivaksin sila tarik diri, jangan susahkan orang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSYAM NOR

PETALING JAYA – Pelakon dan juga penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor mengingatkan artis yang tidak mahu mendapatkan suntikan vaksin atau dalam erti kata lain golongan antivaksin supaya menolak sendiri tawaran berlakon yang diberikan supaya tidak menyusahkan orang lain.

Ujar pemilik rumah produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. Itu, pada ketika ini, seluruh rakyat Malaysia sedang berdepan dengan saat sukar terutama sekali melibatkan permasalahan ekonomi.

“Bila sekarang kerajaan memberi peluang untuk menjana semula kehidupan, saya berharap semua orang akan patuh pada arahan.

“Kalau ada yang tidak mahu divaksin atau antivaksin, saya harap orang sebegitu akan tarik diri sendiri. Jangan menyusahkan orang lain. Sebab orang lain pun mahu bekerja juga,” katanya kepada Kosmo! Online.

Rosyam yang ditemui ketika sidang media secara virtual Pelancaran Wajah Baharu TV9 semalam turut menggesa penggiat seni supaya mematuhi arahan yang telah ditetapkan kerajaan untuk memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

Selain itu, pemilik nama sebenar Mohamed Noor Shamsuddin, 54, itu juga berkata bahawa dia tidak marah dengan segelintir golongan antivaksin kerana itu adalah hak mereka.

“Namun jangan menyusahkan orang lain sebab kita nak pergi bekerja dalam keadaan gembira. Siapa yang tidak puas hati kerana enggan divaksin, boleh ‘pm tepi’,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataannya pada Selasa lalu memaklumkan semua penggiat industri seni kreatif yang telah lengkap duad ok suntikan vaksin dibenarkan semula untuk kembali bergiat di negeri yang berada dalam fasa satu, Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 9 September 2021. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI