KUALA TERENGGANU – Kru sebuah kapal kargo cemas apabila kepten mereka tiba-tiba diserang angin ahmar ketika sedang mengemudi kapal tersebut di perairan Terengganu hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 12 tengah malam itu, Maritim Malaysia (APMM) telah bergegas membantu lelaki warga Korea Selatan berusia 68 tahun tersebut apabila dimaklumkan oleh kru kapal kargo Dongbang Giant 3.
Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, sewaktu kejadian, kapal kargo itu dalam perjalanan ke Thailand dari Singapura.
“Kapal Maritim (KM) Nusa bergegas ke lokasi kapal kargo tersebut untuk melakukan misi bantuan evakuasi sebaik diarahkan Pusat Operasi Maritim Negeri Terengganu.
“Pemindahan mangsa segera dilakukan sebelum KM Nusa tiba di Jeti Maritim Terengganu pada pukul 2 pagi,” katanya di sini hari ini.
Muhammad Suffi berkata, kepten kapal kargo berkenaan kemudiannya dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk menerima rawatan. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929