fbpx

70,000 orang gagal hadir janji temu vaksin di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Melaka membenarkan individu yang masih belum menerima vaksin mengambil secara terus (walk-in) di PPV bermula esok.

MELAKA – Hampir 70,000 pendaftar vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera di negeri ini dikesan gagal hadir di pusat pemberian vaksin.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, hasil maklum balas, seramai 54,000 memberikan pelbagai alasan termasuk tidak mahu menerima suntikan itu, tetapi nama mereka didaftarkan oleh anak masing-masing.

Katanya, selain itu ada yang memaklumkan tidak hadir menerima suntikan tersebut disebabkan telah mendaftar permohonan sebanyak dua kali.

“Seramai 69,972 daripada 677,400 orang dewasa berusia 18 tahun ke atas di negeri masih belum divaksin selepas mendaftar di MySejahtera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, antara sebab lain yang dikemukakan adalah tersilap nombor semasa mendaftar dan tidak menerima notifikasi janji temu.

Sehubungan itu, Rahmad berkata, kerajaan negeri membenarkan individu warganegara berusia 18 tahun ke atas yang masih belum menerima vaksin hadir secara terus di mana-mana PPV awam bermula esok.

“Bagi yang bukan warganegara pula, mereka boleh berbuat demikian di PPV mega Stadium Hang Jebat dan PPV Stadium Jasin bermula 11 September 2021.

“Bagaimanapun, mereka perlu mendaftar terlebih dahulu di MySejahtera dan mereka yang tidak mempunyai telefon pintar boleh walk-in untuk didaftarkan di PPV,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI