fbpx

59 kes VOC varian Delta dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 59 kes Variant of Concern (VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2) dikesan oleh Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC) manakala 44 kes varian baharu SARS-CoV-2 dikesan menerusi kajian berterusan oleh UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 1,324 kes.

“Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 1,304 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.

“Secara keseluruhan, sehingga kini bagi VOC terdapat sebanyak 1,081 kes varian Delta, 209 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Berdasarkan lampiran kenyataan itu, kesemua 44 kes kes varian baharu SARS-CoV-2 dan 59 kes VOC varian delta (B.1.617.2) dikesan dari 29 Ogos sehingga hari ini.

Ia dilaporkan di Johor dan Kedah (masing-masing 24 kes), Melaka dan Selangor (masing-masing 13 kes), Kelantan (10 kes), Perak (tujuh kes), Terengganu (lima kes), Kuala Lumpur (empat kes) dan Negeri Sembilan (tiga kes). -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI