BALING – Seorang suri rumah terkejut apabila terserempak seekor ular tedung selar sepanjang empat meter dengan berat tujuh kilogram (kg) sedang memanggung (angkat) kepala di hadapan pintu rumahnya di Kampung Padang Ketemba, Kuala Pegang di sini semalam.
Menurut Nurul Ismaizzati Mat Nayan, 25, kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu berlaku ketika dia hendak keluar rumah untuk membeli burger.
“Saya buka pintu dan terkejut apabila seekor ular tedung selar yang besar dan panjang sedang memanggung kepala.
“Nasib baik ada pintu jeriji besi dan saya tidak terus keluar, jika tidak tentu saya terlanggar ular itu atau ia masuk ke dalam rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Katanya, dia terus menjerit lalu memanggil suaminya, Mohd. Azam Aznen, 25, dan dalam keadaan samar-samar sempat melihat ular itu menjalar ke belakang rumah sebelum bersembunyi di bawah rak tempat menyimpan barang.
“Suami saya kemudian menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk menangkap ular tersebut,” ujarnya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929