PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) dijangka membentangkan prosedur operasi standard (SOP) terbaharu mengenai pembukaan semula sekolah secara bersemuka tidak lama lagi.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, bagi persiapan pembukaan sekolah secara bersemuka di seluruh negara awal bulan depan, KPM dan Kementerian Kesihatan (KKM) telah bermesyuarat bagi memperhalusi perkara-perkara penting khususnya berkaitan SOP.
“Dalam mesyuarat yang dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin dan saya pagi tadi, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah serta pengurusan tertinggi KKM turut memberikan input-input berdasarkan kepakaran mereka.
“Kerjasama di antara kementerian-kementerian (whole of government approach) dan usahasama dengan masyarakat (whole of society approach) dalam waktu pandemik sebegini amat penting untuk digembleng bagi menghasilkan ketetapan SOP yang selamat buat semua khasnya buat anak-anak kita,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya tadi. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929