JOHOR BAHRU – Sektor keusahawanan bakal menjadi tunjang utama ekonomi sosial rakyat negeri ini dalam meningkatkan semula kesejahteraan Johor pasca pandemik Covid-19.
Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, sehubungan itu pelbagai inisiatif telah dilaksana bagi memastikan aspirasi itu dicapai menerusi Belanjawan Johor 2021.
Katanya, kerajaan negeri akan terus komited dengan memperkenalkan inisiatif-inisiatif baharu bagi mencapai hasrat berkenaan.
“Antaranya adalah dalam bentuk bantuan dan latihan keusahawanan untuk dimanfaatkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Johor yang merangkumi 10.8 peratus PKS Malaysia, besar jumlahnya.
“Oleh itu, kerajaan negeri dan agensi dibawah Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor (MPUNJ) serta Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJ) akan memberi yang terbaik untuk memudah cara dan membantu golongan usahawan PKS ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Johor E-Marketplace 2.0 yang diadakan secara maya, di sini hari ini.
Menurut Hasni, sehubungan itu Johor perlu giat membangunkan potensi PKS agar dapat memberi nilai tambah terhadap proses kemajuan dan kemakmuran ekonomi, khususnya kepada usahawan Johor. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929