fbpx

Pantau penjualan nano spray

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NANO spray yang dijual secara berleluasa di media sosial dan di tepi jalan di Pulau Pinang. – GAMBAR HIASAN

GEORGE TOWN – Penjualan alat penyembur nyah kuman atau dikenali nano spray yang didakwa mampu mematikan virus Covid-19 secara meluas di pelbagai platform sehingga menyebabkannya laku bak pisang goreng panas.

Bukan sahaja dipasarkan secara online, malah alat tersebut juga dijual di tepi jalan dengan pelbagai jenama ditawarkan pada harga antara RM20 hingga RM100 setiap satu.

Situasi itu bagaimanapun mengundang keresahan persatuan pengguna yang mahu Kementerian Kesihatan (KKM) memantau trend penjualan alat berkenaan bagi memastikan tiada pihak terutamanya pengguna tertipu.

Tinjauan Kosmo! mendapati, produk berkenaan kini banyak dipasarkan penjual di sekitar pusat bandar George Town, di tepi jalan di Teluk Kumbar, Bayan Lepas dan Bayan Baru serta menerusi kumpulan WhatsApp komuniti.

Malah, ada penjual yang mampu menjual 10 alat penyembur sehari dan mengakui ia mendapat sambutan hangat.

Pegawai Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N. V. Subbarow berkata, pengguna kini dilihat akan mendapatkan apa sahaja produk yang dikatakan mampu menghindar mereka daripada terkena wabak pembunuh itu.

Oleh itu, katanya, penggunaan penyembur nano mist itu dilihat salah satu usaha mereka, namun pemantauan berkala perlu dilakukan pihak berkuasa supaya penjualannya lebih telus.

“Kita bimbang dengan aktiviti penjualan produk nyah kuman itu yang dipasarkan secara dalam talian atau di tepi jalan oleh individu yang bukan daripada ka­langan ahli farmasi atau pakar perubatan.

“Sepatutnya, produk ber­kaitan barangan kesihatan dipercayai diimport dari negara luar itu tidak boleh dijual sesuka hati termasuk melalui individu yang bukan pakar dalam bidang kesihatan mahupun perubatan,” katanya di sini semalam.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya turut mempersoalkan sama ada produk tersebut telah diluluskan piawaian oleh KKM mahupun sebaliknya termasuk juga tahap ketulenan cecair sanitasi.

Tambahnya, lebih membimbangkan lagi apabila produk jalanan itu mampu mengundang risiko bahaya kepada golongan kanak-kanak yang menjadikannya sebagai alat permainan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI