ALOR SETAR – Empat pegawai kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa dan kedudukan membabitkan dana bernilai kira-kira RM2.2 juta.
Perintah tahanan reman sehingga 12 September depan itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Wan Nor Fadzillah Wan Ibrahim di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Terdahulu, kesemua suspek tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 10 pagi dengan menaiki kenderaan SPRM negeri.
Menurut sumber, empat suspek berusia antara 49 hingga 58 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM negeri antara pukul 3.45 petang hingga 4.15 petang semalam selepas hadir memberi keterangan.
Siasatan awal mendapati kesemua suspek termasuk seorang berjawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) telah menyalahgunakan kuasa dan kedudukan dengan menyalurkan sejumlah dana syarikat GLC tersebut berjumlah RM2.2 juta kepada dua syarikat lain dengan mereka disyaki memiliki kepentingan di dalamnya.
Tindakan itu didakwa dilakukan antara 2016 hingga 2019. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929