fbpx

Wanita Pertama AS kembali bertugas sebagai pensyarah kolej

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jill sudah bertugas di kolej tersebut sejak 2009 ketika Biden bergelar Naib Presiden AS. - NBC

WASHINGTON – Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Jill Biden telah kembali menyambung tugasan sebagai salah seorang tenaga pengajar di Kolej Komuniti Virginia Utara, lapor akhbar Metro UK, semalam.

Jill yang mula mengajar di kolej tersebut sejak 2009 merupakan isteri Presiden AS pertama yang mempunyai kerjaya sepenuh masa di luar tugasan rasmi di White House.

“Ada beberapa perkara yang tidak boleh diganti dan saya sangat tidak sabar untuk kembali mengajar di kelas,” katanya dalam satu temu bual bersama majalah Good Housekeeping, baru-baru ini.

Wanita berusia 70 tahun itu mengajar secara online bagi subjek Bahasa Inggeris sejak beberapa bulan lepas selepas suaminya, Joe Biden dipilih sebagai Presiden AS pada November lalu.

Ketika Biden bertugas sebagai Naib Presiden AS sekitar 2009 hingga 2017, Jill turut memegang jawatan sama di kolej itu.

Bagaimanapun, tindakan Jill mengundang kebimbangan bahawa ia akan mengganggu skop tugas rasmi yang perlu dilaksanakannya sebagai Wanita Pertama AS.

Profesor Komunikasi Universiti Boston, Tammy Vigil, memberitahu bahawa seorang Wanita Pertama yang bekerja di luar tugas rasmi adalah satu masalah besar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI