JAKARTA – Pakar kesihatan Indonesia menyeru agar rakyat negara itu tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai kaedah pelik untuk menyembuhkan Covid-19 seperti yang sering tular di media sosial, lapor Suara.com, semalam.
Terbaharu, satu kaedah tular yang kononnya mampu membunuh virus Covid-19 adalah dengan mencuci lubang hidung menggunakan garam kasar.
Kaedah itu dilaporkan mula tular menerusi aplikasi WhatsApp yang didakwa mampu menghilangkan kesan virus Covid-19 di hidung pesakit.
“Air larutan garam memang boleh digunakan untuk mencuci kotoran di hidung namun ia tidak berkesan untuk membunuh virus Covid-19.
“Rakyat diminta agar tidak mudah percaya dengan kaedah-kaedah tular tanpa penjelasan saintifik serta sokongan pakar kesihatan kerana bimbang akan memudaratkan diri,” demikian penjelasan Ahli Patologi Universiti Sebelas Maret, Tonang Dwi Adryanyo.
Tambahnya, penggunaan larutan garam kasar yang berlebihan dan tanpa sukatan betul boleh merosakkan mukus hidung dan menjejaskan fungsi sedia ada anggota badan itu. – Agensi