fbpx

Tae-seung, Dong-jun tinggalkan GHOST9

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DONG-JUNG dan Tae-Sung kini bergerak solo selepas keluar daripada kumpulan GHOST9.

BELUM sempat meraikan ulang tahun pertama penubuhan sejak debut pada September tahun lalu, peminat GHOST9 terpaksa akur melihat dua orang anggota kumpulan itu mengundur diri.

Dua ahli tersebut, Lee Tae-seung dan Hwang Dong-jun memilih mengakhiri perjalanan karier mereka bersama GHOST9.

Perkara berkenaan dimaklumkan agensi Maroo Entertainment dalam satu kenyataan.

“Selepas berbincang panjang tentang perancangan masa depan mereka, kami menerima keputusan Tae-seung dan Dong-jun untuk menamatkan keahlian sebagai anggota GHOST9.

“Meskipun aktiviti dan promosi mereka bersama kumpulan sudah berakhir, kami berharap peminat kekal memberikan semangat dan sokongan buat mereka,” ujarnya.

Tambah agensi tersebut, biarpun kekurangan dua orang ahli, namun tujuh lagi anggota GHOST9 akan tetap bekerja keras untuk melunaskan kerja-kerja membikin album baharu.

“Jangan berhenti menyokong GHOST9 yang akan kembali dengan wajah dan nafas baharu kelak,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI