fbpx

Syarikat tilam tawar jawatan Eksekutif Tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syarikat tilam Sonno menawarkan jawatan Eksekutif Tidur bagi mencari rahsia tidur malam lebih nyenyak. - Sonno

SINGAPURA – Sebuah syarikat menjual tilam di Singapura, Sonno menawarkan jawatan khas iaitu Eksekutif Tidur untuk tidur selama lapan jam sehari selama 100 hari di atas tilam keluaran syarikat itu, lapor portal Mothership, semalam.

Syarikat tersebut telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar secara online yang mengiklankan jawatan Eksekutif Tidur untuk penduduk Singapura sebagai sebahagian daripada kempen awam iaitu ‘Dibayar Untuk Tidur’ dan bagi membantu kajian dalam mencari rahsia tidur lebih nyenyak.

Kempen itu bertujuan untuk menggunakan penemuan tersebut sebagai data bagi menambah baik produk tilam Sonno agar dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat Singapura dengan memberikan mereka tidur malam yang lebih nyenyak.

“Jawatan untuk tidur secara profesional akan memberitahu kami apa yang diperlukan untuk tidur lebih lena terutamanya sepanjang musim pandemik dan bagaimana untuk membantu mereka mencapai tujuan itu,” kata pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sonno, Fabio Miceli.

Jawatan itu turut ditawarkan dengan imbuhan sebanyak 1,500 dolar Singapura (RM3,088) sepanjang 100 hari tugasan, ganjaran tilam Sonno bersaiz Queen Original, dua biji bantal dan sehelai cadar percuma.

Calon yang terpilih perlu menggunakan aplikasi ‘Pengesan Tidur’ untuk mengesan pola tidur mereka selama 100 malam mengikut keselesaan bilik tidur mereka sendiri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI