fbpx

Syabu dadah paling popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Syabu merupakan dadah sintetik paling banyak dirampas di negeri ini pada tahun ini berbanding dadah jenis lain dengan nilai rampasan mencecah RM57.7 juta setakat September.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, selain syabu dan dadah tradisional lain, dalam tempoh Januari hingga September, polis turut merampas 13,489 biji pil erimin 5 bernilai RM202,335, 1,233 biji pil ekstasi (RM22,194) dan 335 biji pil yaba (RM3,350).

“Syabu adalah dadah paling popular dalam kalangan generasi muda dan wang sebanyak RM57.7 juta dibazirkan untuk mendapatkannya.

“Selain berperang dengan pandemik Covid-19, kita masih lagi berperang dengan najis dadah. Bukan sahaja wang rugi, namun ia mengakibatkan generasi muda kita menjadi lebih teruk berpunca daripada dadah,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian pada sesi townhall bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman sosial Facebook yang turut menjadi ahli panel ialah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri, Zakaria Taib dan Ketua Penolong Pengarah (Penyakit Berjangkit) Jabatan Kesihatan negeri, Rozaini Mat Shah.

Menurut Mohd. Shuhaily lagi, situasi pandemik Covid-19 turut mengubah modus operandi sindiket apabila menggunakan kenderaan seperti lori untuk menyorok bungkusan dadah di bahagian kenderaan yang diubahsuai.

“Mereka cuba mengambil kesempatan di mana sekatan jalan raya kurang memeriksa lori, namun cubaan mereka itu seringkali gagal,” katanya lagi. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI