fbpx

Sukma 2020: KBS mungkin guna pendekatan Sukan Olimpik Tokyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal (kanan) beramah mesra dengan petugas perubatan dari KPJ Puteri ketika hadir melawat PPV Pandu Lalu OKU Sentral di Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin, Johor Bahru hari ini. - FOTO: RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengkaji terlebih dahulu kaedah penganjuran yang terbaik bagi temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2020.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan menggunakan pendekatan seperti yang dilakukan di Sukan Olimpik Tokyo 2020 iaitu tanpa kehadiran penonton.

“Dari segi persiapan, saya lihat kerajaan negeri begitu teliti dan venue-venue Sukma sudah tersedia untuk digunakan. Malah, penyelenggaraan venue juga telah dibuat dengan baik dan bersedia untuk menganjurkan.

“Jadi, kita akan berbincang cara terbaik untuk perancangan seterusnya. Kita juga mendapati ada suara-suara yang ada pandangan lain tentang kaedah penganjuran temasya sukan itu

“Soal penganjuran, kita akan meneliti cara terbaik untuk Sukma Johor 2020. Ia masih di tahap perbincangan kaedah penganjurannya dan berlangsung secara tertutup (tanpa penonton) antara yang akan dibincangkan,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu Orang Kurang Upaya (OKU) Sentral di Pusat Akuatik Arena Larkin di sini hari ini.

Ahmad Faisal berkata, beliau akan bertemu dengan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi bagi membincangkan perkara tersebut.

Katanya, banyak isu lain berkaitan Sukma Johor 2020 yang akan dibincangkan termasuk gelembung atlet memandangkan berusia bawah 17 tahun yang belum menerima vaksin.

“Kita kena tahu, penganjuran Sukma ini akan membabitkan atlet kemungkinan usia bawah 17 tahun. Jadi, ini antara perkara yang perlu kita fikirkan.

“Penganjuran Sukma Johor 2020 adalah fokus utama KBS dan berikan kami sedikiT masa untuk mengatur jadual temasya tersebut,” katanya.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI