fbpx

shopMYairports sambut ulang tahun pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Malaysia Airports menganjurkan kempen beli-belah terbaharu, Are You The Goldenaire sempena ulang tahun pertama platfrom e-dagangnya, shopMYairports.

Kempen yang berlangsung bermula semalam sehingga 28 September 2022 itu memberi peluang kepada pelanggan memenangi hadiah utama berupa bar emas seberat 200 gram dan ha­diah bulanan wafer emas seberat 2.5 gram.

Bagi orang ramai yang mahu menyertai kempen tersebut, mereka hanya perlu membeli baucar beli-belah Goldenaire bernilai RM10 dan membelanjakannya di shopMYairports.

Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Komersial Malaysia Airports, Hani Ezra Hussin berkata, sejak pelancaran pada September 2020, shopMYairports telah mencapai purata pertumbuhan jualan sebanyak 50 peratus bulan-ke-bulan serta menarik lebih daripada dua juta page view.

“Siri promosi online pada tahun lalu telah menyumbang jualan menggalakkan, terutamanya pada Boxing Day yang berjaya mencipta purata jualan harian 58 kali lebih tinggi dan purata pesa­nan harian 38 kali lebih banyak.

“Menerusi kempen terbaharu ini, kami menyasarkan untuk mengukuhkan kedudukan shopMYairports sebagai platform e-dagang premium di Malaysia dengan meningkatkan jumlah pengguna sebanyak 16 kali ganda, serta pertumbuhan jualan 10 kali ganda,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi pelancaran yang diadakan secara maya semalam.

shopMYairports ki­ni tersedia untuk penghantaran antarabangsa, membolehkan pelanggan global membeli barangan tempatan dalam suasana runcit yang unik.

Ia juga memberi peluang kepada peruncit di platform berkenaan memasuki pasaran baharu, selari dengan inisia­tif pendigitalan jangka panjang Malaysia Airports untuk membantu pertumbuhan peruncit di lapangan terbang kendaliannya serta meletakkan asas untuk mentransformasikan lapangan terbang menjadi destinasi beli-belah dan gaya hidup.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI