fbpx

‘Shang-Chi semua ada cuma tunggu kejap’ – GSC tak mula operasi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GSC mengumumkan tidak akan mula beroperasi esok walaupun sudah dibenarkan kerajaan.

PETALING JAYA – Biarpun sudah diberikan kebenaran oleh kerajaan untuk beroperasi semula esok, gergasi rangkaian pawagam, Golden Screen Cinema (GSC) belum mempunyai keberanian untuk berbuat demikian.

GSC dalam satu kenyataan dalam Twitter rasmi mereka, mengumumkan, pihaknya sedang memastikan semuanya bersedia dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sempurna.

“Pengumuman penting. Kami tidak akan mula beroperasi semula esok. Pihak kami sedang memastikan semuanya sudah bersedia selaras dengan SOP lengkap daripada kerajaan dan memiliki konten mencukupi untuk tayangan.

“Kami sangat menghargai kesabaran anda semua dan kekal bersama kami untuk kemaskini terbaharu. Tambahan pula, pemilihan filem sedang dilakukan untuk tujuan penapisan,” ciap GSC.

Maklum syarikat pagawam tersebut itu lagi, filem-filem buat masa sekarang sedang dan telah dihantar untuk proses penapisan.

“Produksi sedang sedang bergesa untuk memastikan segala konten bersedia.

“Jadi, Shang-Chi semua memang ada cuma kena tunggu sekejap. Terima kasih kerana memahami,” tulis GSC dalam Twitter.

Pengumuman GSC sebentar tadi menerusi Twitter yang memberitahu tidak akan beroperasi esok

Semalam, penggiat seni tanah air kembali menarik nafas lega selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju melonggarkan SOP Fasa 1 bagi industri kreatif bermula esok, 9 September.

Semua penggiat industri kreatif yang telah lengkap dua dos vaksin akan dibenarkan kembali bergiat semula dalam aktiviti seperti panggung wayang dengan kapasiti 50 peratus di ruang dewan tayangan pawagam, ‘indoor busking’ dan persembahan di ‘lounge’ hotel. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI