fbpx

Selangor, KL, Putrajaya ke Fasa 2 Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 bersetuju untuk membenarkan kawasan Lembah Klang iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya beralih ke Fasa Dua berkuat kuasa Jumaat ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Jawatankuasa turut memutuskan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama sekali gus menjadikan pergerakan antara negeri-negeri ini adalah dibenarkan dan tiada lagi sekatan jalan raya.

Katanya, keputusan itu dilakukan berdasarkan penilaian risiko semasa yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Antara kelonggaran yang diberikan adalah sama seperti negeri-negeri yang telah memasuki Fasa Dua sebelum ini, seperti yang ditetapkan oleh MKN iaitu rentas daerah dibenarkan kepada individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin.

“Selain itu, bagi pasangan suami isteri jarak jauh yang lengkap divaksin pula dibenarkan untuk merentas negeri termasuk ibu bapa yang telah mendapat dua dos vaksin dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu Ismail Sabri berkata kelonggaran bagi individu yang lengkap dua dos vaksin juga termasuk Dine-in di premis makanan manakala aktiviti pelancongan hanya dibenarkan dalam negeri yang sama yang melibatkan penginapan di hotel dan inap desa. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI