fbpx

Segera lulus geran digital PKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar (tengah) bergambar kenangan pada sesi lawatan rasmi ke MDEC semalam.

PETALING JAYA – Perbada­nan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) diminta supaya ­menyegerakan proses kelulusan geran dan bantuan pendigitalan buat peniaga tempatan di bawah Inisiatif Geran Pendigitalan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Menteri Komunikasi dan Mul­timedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, lebih RM40 juta yang diperuntukkan menerusi inisiatif berkenaan, yang dise­diakan di bawah Bajet 2021 perlu diluluskan pada tahun ini.

“Saya tegaskan agar se­tiap permohonan mesti dipro­ses dan keputusan diperoleh dalam tempoh tidak lebih daripada 60 hari,” katanya menerusi ciapan di Twitter semalam.

Terdahulu, Annuar mengha­diri sesi taklimat rasmi di MDEC Putrajaya.

Turut hadir adalah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multi­media, Datuk Zahidi Zainul Abi­din dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadzir Aziz.

Sesi berkenaan membincangkan inisiatif untuk mengintegrasikan negara dengan tekno­logi dan menyediakan peluang digital yang adil kepada rakyat, perniagaan serta pelabur.

Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan bekerjasama dengan Bank Simpanan Nasional dan MDEC dalam ­me­­n­g­uruskan pemberian dana kepada PKS untuk mengamalkan langkah pendigitalan dalam operasi harian mereka.

Bagi mendorong lebih ba­nyak perniagaan tempatan ber­­gerak ke arah penggunaan teknologi digital, kerajaan ­me­­nyediakan geran padanan 50 peratus sehingga RM5,000 buat syarikat yang layak bagi langganan perkhidmatan pendigitalan untuk meningkatkan daya saing dan produktiviti.

Geran padanan bernilai RM500 juta untuk tempoh lima tahun itu terhad kepada 100,000 PKS pertama yang me­mohon.

Sementara itu, Mahadzir menerusi ciapannya berkata, lawatan ke MDEC semalam adalah amat signifikan dan menteri te­lah mengulangi supaya MDEC diposisikan sebagai agensi eko­nomi digital utama untuk Malaysia dan rantau ASEAN.

“Beliau memberi aspirasi ke­pada kami untuk terus memperbaiki proses dalaman dan muncul sebagai sebuah agensi berprestasi tinggi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI