fbpx

Ronaldo terlepas aksi bertemu Newcastle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO akan tamat menjalani tempoh kuarantin esok sebelum turun menyertai sesi latihan bersama United. – AFP

MANCHESTER – Bintang sensasi Manchester United, Cristiano Ronaldo mungkin terpaksa me­nunggu lebih lama untuk membuat semula debutnya bersama pasukan itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu ini.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer dijangka tidak mele­takkan Ronaldo dalam kese­belasan utamanya menentang Newcastle United di Old Trafford pada Sabtu ini kerana Ronaldo, 36, tidak memiliki banyak masa untuk mengikuti sesi latihan pasukan.

Walaupun Ronaldo akan tamat tempoh kuarantin esok, namun ia masih belum mencukupi buat Solskjaer memandangkan kapten skuad antarabangsa Portugal itu hanya mempunyai masa sehari untuk berlatih sebelum pertemuan menentang Newcastle.

Bagaimanapun, pemenang lima anugerah Ballon d’Or itu mungkin disenaraikan di bangku simpanan untuk aksi tersebut sebelum diturunkan dalam ke­sebelasan utama The Red Devils dalam saingan Liga Juara-Juara menentang Young Boys pada Rabu minggu depan.

Biarpun tidak diturunkan menentang Newcastle, namun penyokong-penyokongnya masih berpeluang untuk bertemu de­ngan legenda pasukan itu kerana United akan memperkenalkan Ronaldo secara rasmi sebelum perlawanan bermula.

Sementara itu, pemain tengah The Red Devils, Paul Pogba percaya kehadiran Ronaldo mampu menguatkan kemampuan United selain meningkatkan lagi reputasi pasukan tersebut.

“Sudah tentu saya sangat gembira apabila mendapat peluang untuk bermain bersama pemain terbaik dalam sejarah. Selain itu, saya percaya dia boleh membantu kami ketika sesi latihan.

“Semua orang tahu United adalah antara pasukan pilihan dalam saingan EPL musim ini, namun kehadiran Ronaldo pas­tinya memberikan lebih banyak kelebihan kepada kami untuk perebutan kejuaraan,” kata bintang Perancis itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI