fbpx

Risau kelibat buaya di Sungai Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sadam (kiri) bersama Ahmad Fauzi (kanan) menunjukkan lokasi kelibat buaya yang dilihat berhampiran kediamannya di Kampung Kelantan, Kota Tinggi semalam.

KOTA TINGGI – Penduduk yang tinggal berhampiran Su­ngai Johor kini bimbang apabila sejak akhir-akhir ini kelibat buaya sering kelihatan di kawasan itu.

Penduduk Kampung Kelantan, Sadam Hussin Jaffar @ Ahmad, 30, berkata, kelibat buaya tersebut dilihatnya buat per­tama kali pada tahun ini sejak 30 tahun dia menetap di kampung berkenaan.

Ujarnya, sejak kecil memang dia diberitahu akan reptilia itu yang berada di sungai berkenaan, namun tidak pernah menjumpainya secara berdepan.

“Seumur hidup saya memang tidak pernah jumpa buaya di sungai itu. Bahkan saya dahulu pernah jadi nelayan tidak bimbang pun pasal buaya.

“Namun, baru-baru ini sudah tiga kali saya ternampak kelibat buaya berhampiran rumah. Panjangnya sekitar 4 meter. Ia membuatkan saya amat terkejut,” katanya ketika ditemui di sini.

Ujarnya, dia kini lebih berwaspada dan tidak membenarkan ahli keluarganya mendekati sungai kerana bimbang ancaman buaya terbabit.

Jelasnya, difahamkan terdapat kira-kira tiga ekor buaya yang berada di sungai terbabit.

“Mungkin jumlahnya lebih kerana itu habitat mereka. Bila orang beritahu ada ternampak buaya di sungai di bandar, saya memang tak percaya, namun bila lihat sendiri memang khuatir dengan keselamatan kerana rumah kami terletak berhampiran sungai,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Kampung Kelantan, Ahmad Fauzi Abdul Manab berkata, pihak­nya maklum akan perkara itu dan telah memanjangkan ­aduan berkenaan kepada pihak Perhilitan.

“Kami risau jika orang luar datang memancing, mereka mungkin tidak tahu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI