fbpx

Ribut petir, hujan lebat diramal landa enam negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ribut petir serta hujan lebat diramal melanda beberapa kawasan di enam negeri pagi ini iaitu Perlis, Kedah, Melaka, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di laman Instagramnya memaklumkan, bagi negeri Kedah ia membabitkan kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan dan Pendang, manakala di Perlis ia melibatkan keseluruhan negeri itu.

Tambah MetMalaysia, keadaan sama turut dialami di seluruh negeri Melaka dan Wilayah Persektuan Labuan.

Bagi Sarawak pula, ia membabitkan kawasan Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Belaga dan Bukit Mabong) serta Miri ( Miri dan Marudi).

Sementara itu, bagi negeri Sabah pula, ia melibatkan kawasan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), serta Kudat (Pitas dan Kudat).

MetMalaysia menambah, keadaan cuaca tersebut dijangka akan berlarutan sehingga pukul 10 pagi.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI