fbpx

Ramai puji ketampanan Tengku Zafrul di TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul.

PETALING JAYA – Penggunaan platform media sosial termasuk TikTok bagi merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat dilihat menjadi ikutan khususnya bagi mendekati golongan muda.

Terbaharu, pengguna TikTok dikejutkan dengan kehadiran Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz apabila beliau secara rasmi memiliki akaun media sosial itu pada 24 Ogos lalu.

Rata-rata pengguna bukan sahaja menyambut baik usaha dilakukan beliau dalam mendekati rakyat, malah turut memuji ketampanan dan aura positif dimiliki menteri tersebut.

Tengku Zafrul mengajak orang ramai menyumbangkan idea bagi perbentangan Bajet 2022.

Tengku Zafrul juga dilihat menerima pandangan orang ramai di platform itu secara terbuka selain kerap membalas komen rakyat.

Menerusi hantaran terbaharu beliau di TikTok, beliau mengajak anak muda menyumbang idea menjelang pembentangan Bajet 2022 yang dijadualkan pada 29 Oktober ini.

“Orang ramai hanya perlu memuat naik video berdurasi satu minit menggunakan tanda pagar #MyInclusiveBudget dan #Bajet2022,” katanya ringkas.

Tambah beliau, selain TikTok, rakyat Malaysia juga boleh berkongsi idea menerusi portal Kementerian Kewangan sebelum 15 September ini.

Sejak memuat naik hantaran itu semalam, video terbabit menerima lebih 50,000 tontonan dan 600 komen.

Setakat ini, Tengku Zafrul sudah memiliki lebih 112,000 pengikut di TikTok. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI