fbpx

Radzi jumpa hampir 100 calon SPM seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi ketika mengadakan sesi libat urus bersama murid yang akan menduduki peperiksaan SPM 2021 secara online petang tadi.

PETALING JAYA – Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin hari ini mengadakan dua sesi libat urus secara online bersama hampir 100 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dari seluruh negara.

Beliau berkata, sesi pertama melibatkan wakil murid sekolah menengah kebangsaan manakala sesi kedua khusus untuk murid berkeperluan khas (MBK).

“Anak-anak yang terlibat dalam perbincangan tadi begitu teruja berkongsi pengalaman dan cabaran dalam tempoh yang mencabar ini termasuk persiapan mereka untuk menghadapi peperiksaan SPM yang dijadualkan pada Mac tahun depan.

“Tidak kurang juga yang memberikan pelbagai pandangan dan cadangan bagaimana untuk menambahbaik pendekatan pengajaran dan pembelajaran sedia ada,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook sebentar tadi.

Beliau turut berasa tersentuh apabila mendengar perkongsian golongan MBK yang tidak pernah jemu mengikuti pembelajaran walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.

Menurutnya, murid-murid berkenaan amat berharap agar dapat kembali ke sekolah dan mengikuti pembelajaran secara bersemuka dengan selamat.

“Saya amat hargai semua perkongsian dan cadangan yang diberikan. Insya-Allah, cadangan tersebut kami akan teliti dan perhalusi.

“Semoga semua anak-anak yang bakal menduduki SPM tahun 2021 terus bersemangat untuk membuat persediaan sebaiknya. Kementerian Pendidkan sentiasa komited untuk melakukan yang terbaik,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI