KUANTAN – Seorang operator pengeluaran sebuah kilang di Gebeng dekat sini kerugian RM4,360 selepas ditipu sindiket pinjaman wang tidak wujud yang menggunakan nama sebuah bank.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula pada 26 Ogos lalu ketika mangsa yang berusia 22 tahun membuat carian pinjaman peribadi di internet.
“Mangsa kemudiannya mengisi maklumat peribadi di dalam sesawang berkenaan sebelum dihubungi melalui WhatsApp oleh pihak yang memperkenalkan diri sebagai wakil bank berkenaan.
“Mangsa berminat untuk membuat pinjaman berjumlah RM60,000. Sebelum menerima wang pinjaman itu, mangsa diminta supaya membuat beberapa bayaran,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, mangsa telah membuat bayaran secara dalam talian sebanyak RM360 pada Jumaat lalu dan membuat dua lagi bayaran masing-masing RM2,000 pada Isnin lalu.
Suspek kemudian meminta lagi bayaran menyebabkan mangsa berasa ditipu sebelum membuat laporan polis. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929