fbpx

Makan walnut kurang risiko jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI belum tahu, walnut bukan sahaja sedap dimakan, malahan turut dapat mengurangkan risiko sakit jantung. –GAMBAR HIASAN

PENAMBAHAN setengah cawan kacang walnut ke dalam diet harian dapat menurunkan kadar kolesterol sekitar 8.5 peratus serta mengurangkan risiko penyakit jantung.

Penyelidikan itu dibuat oleh Hospital Clinic de Barcelona terhadap 628 orang dewasa dan separuh daripadanya menjalani diet yang merangkumi pengambilan kacang walnut setiap hari.

Setelah dua tahun penyelidikan, kadar kolesterol lipoprotein berkepadatan rendah (LDL) juga mengalami penurunan.

LDL juga digelar ‘kolesterol jahat’ yang dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan strok.

Peserta kajian yang memakan walnut setiap hari menyaksikan penurunan jumlah zarah LDL dalam darah mereka.

Menurut Persatuan Jantung Amerika, walnut sebenarnya kaya asid lemak omega tiga yang dapat mengurangkan risiko berkaitan penyakit jantung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI