fbpx

Lelaki ditahan miliki 137 biji pil kuda, 1.25 gram syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pil kuda, syabu dan alatan menghisap dadah yang dirampas selepas menahan seorang lelaki di Kampung Binjai Manis, Bunut Susu, Pasir Mas semalam. FOTO: IHSAN POLIS

PASIR MAS – Polis merampas sebanyak 137 biji pil kuda dan 1.25 gram syabu selepas menahan seorang lelaki di sebuah rumah di Kampung Binjai Manis, Bunut Susu di sini semalam.

Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11 malam selepas polis menerima maklumat mengenai kegiatan pengedaran dadah di rumah tersebut.

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisoner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, semasa serbuan dijalankan, polis menahan suspek di dalam sebuah bilik di bahagian belakang rumah tersebut.

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan di bilik berkenaan, polis menemui sebuah beg berwarna hitam di atas katil.

“Pemeriksaan lanjut di dalam beg itu telah menjumpai sebanyak 137 biji pil kuda dan 1.25 gram syabu yang dianggarkan bernilai RM1,570.

“Selain itu, polis turut menemui beberapa alatan dipercayai digunakan untuk menghisap dadah seperti alat penimbang digital, paket plastik lutsinar, gunting besi, pemetik api, kepingan aluminium dan keratan tiub straw,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, hasil soal siasat mendapati suspek mengaku kesemua dadah yang dijumpai itu miliknya.

Katanya, ujian saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan turut mengaku memperoleh bekalan dadah itu daripada seorang lelaki yang dipanggil sebagai Kamal.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI