fbpx

Lailer beli kereta lepas setahun pinjam dari pak cik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIENA bersama kenderaan pertamanya jenis Mazda CX5 yang dibeli baru-baru ini selepas lima tahun menceburi dunia hiburan.

PETALING JAYA – Selepas lima bertahun menceburkan diri dalam dunia hiburan dan tiga tahun memasang impian untuk memiliki kenderaan sendiri, pelakon Riena akhirnya berjaya memiliki sebuah kereta jenis Mazda CX5 .

Kenderaan pertama hasil titik peluhnya sebagai anak seni itu dibeli sebagai hadiah sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-24 pada 3 September lalu.

“Sebenarnya, saya banyak terhutang budi kepada kereta Pero­dua Myvi yang dipinjam daripada bapa saudara.

“Biarpun kerap rosak dan tia­da pendingin hawa, namun ba­nyak jasanya kepada seorang yang bernama Riena Diana,” kata pe­nyampai radio Hot FM itu kepada Kosmo! di sini semalam.

Pemilik nama lengkap, Nur Qamarina Diana Zulreal, 24, itu berkata, dia bersyukur impian­nya memiliki kereta sendiri menjadi kenyataan selepas beberapa kali permohonan pinjaman ditolak pihak bank.

“Sudah lama saya nak beli kereta, sejak mula-mula menjadi pelakon lima tahun lalu. Tetapi, pada waktu itu belum ada rezeki. Buat permohonan pinjaman bank untuk membeli kereta termasuk Perodua Myvi tetapi tak lepas (gagal).

“Alhamdulillah, pada tahun ini wa­lau­pun dihimpit pandemik Co­vid-19, saya dapat membeli kereta sendiri. Kereta ini dibeli selepas dicadangkan sahabat saya, Uyaina Arshad.

“Dia yang meyakinkan saya untuk membeli kerana memiliki kenderaan model yang sama,” katanya.

Ujar pelakon yang terkenal dengan watak Lailer dalam Kampung People itu, dia tidak pernah berasa malu memandu Perodua Myvi tanpa pendingin hawa sebelum ini.

“Kata orang bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Kereta (Mazda CX5) tidaklah semewah mana, tetapi saya sangat bersyukur,” katanya.

Kenderaan Mazda CX5 berharga RM132,403 sehingga RM174,852 mengikut spesifikasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI