fbpx

KKM, MOSTI bekerjasama hasilkan peranti, teknologi perubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis Serah Terima Tugas antara Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Dr. Adham Baba

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi menghasilkan pelbagai teknologi dan peranti perubatan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, negara amat memerlukan pelbagai peranti dan teknologi perubatan khususnya sebagai persediaan memasuki fasa endemik Covid-19 kelak.

“Walaupun tugasan kita sudah bertukar tangan, tetapi saya yakin bahawa kita akan bekerjasama rapat pada masa-masa akan datang.

“Kerjasama saya dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba dalam menangani wabak Covid-19 tidak hanya dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sahaja,” katanya pada Majlis Serah Terima Tugas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di Ibu Pejabat Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, MOSTI turut berdepan tugasan berat apabila diberi peranan menghasilkan vaksin Covid-19.

“Ia (pembuatan vaksin) sangat penting untuk Malaysia kerana ia vaksin pertama untuk manusia,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI