fbpx

Kempunan rantai tangan lipan kait, suri rumah rugi RM2,499

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang suri rumah berusia 42 tahun kempunan untuk memiliki rantai tangan lipan kait dan gelang emas ‘fashion’ apabila ditipu dalam pembelian barang kemas terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa yang berasal dari Kota Sri Ahmad Shah di sini mengalami kerugian sebanyak RM2,499.

“Kejadian bermula pada Jumaat lalu selepas mangsa tertarik dengan satu iklan penjualan emas lelong yang diiklankan di laman sosial instagram dengan nama kedai_emas.lelong916official.

“Mangsa kemudian menghubungi nombor telefon yang disertakan dalam media sosial berkenaan dan berminat untuk membeli rantai tangan lipan kait seberat 64.88 gram dan gelang emas ‘fashion’ seberat 17.48 gram dengan harga berjumlah RM2,499,”katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya telah membuat tiga transaksi bayaran ke dua akaun berbeza diberikan suspek namun sehingga kini masih belum menerima barangan kemas berkenaan.

Katanya, mangsa yang berasa telah diperdaya kemudian tampil membuat laporan polis. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI