fbpx

Isu pembukaan sukan padang, gimnasium dibawa ke MKN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PETALING JAYA – Permohonan pembukaan sukan padang yang dikemukakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah dibincang dan diputuskan pada sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata Menteri Kesihatan.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar melalui hantaran di Twitternya tadi berkata, permintaan KBS bagi sukan padang adalah wajar dan berita baik berkenaan sukan padang akan diumumkan.

“Permintaan @PejaOfPerak (Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) untuk ‘outdoor team sports’ adalah wajar.

“Menteri KBS memang prihatin terhadap sektor sukan. Tadi dibincang dan diputuskan di sidang MKN Covid-19. Berita yang baik akan diumumkan,” ciapnya.

Selain itu Khairy Jamaluddin memaklumkan, Kementerian Kesihatan (KKM) bersama MKN sedang merangka beberapa panduan pengudaraan dengan yang perlu dipatuhi bagi operasi gimnasium.

“Ini tidak akan memakan masa yang lama tetapi kerana sifat gimnasium yang tertutup, kita mesti menekankan keperluan pengudaraan tertentu dan ia sedang diusahakan dengan segera,” ujarnya.

Terdahulu, KBS telah menghantar cadangan supaya sukan padang dan gimnasium dibuka susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang membenarkan industri kreatif beroperasi semalam. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI