fbpx

Harga RON97 naik satu sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97 naik satu sen kepada RM2.73 seliter berbanding RM2.72 seliter bermula tengah malam ini sehingga 15 September depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga runcit RON95 dan diesel pula masing-masing kekal pada paras RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh sama.

Katanya, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI