fbpx

Dewan Merdeka jadi PPV baharu di Seri Manjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dewan Merdeka di Seri Manjung yang dijadikan PPV baharu bermula 17 September ini.

MANJUNG – Kelancaran pemberian vaksin di daerah ini dipertingkatkan menerusi pembukaan pusat pemberian vaksin (PPV) Dewan Merdeka di Seri Manjung di sini yang akan mula beroperasi 17 September ini.

Susulan itu, PPV Dewan Amanjaya, Lumut Kiri akan ditutup dan tarikh akhir operasi di situ adalah pada 15 September.

Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Daerah Manjung dalam satu kenyataan memberitahu, pemindahan ini berikutan kapasiti pemberian vaksin harian dan penggunaan kemudahan di PPV Dewan Amanjaya sudah mencapai tahap maksimum.

Menurut kenyataan itu, keadaan ini juga sedikit sebanyak memberi tekanan pada para petugas dan penghuni kuarters perumahan penjawat awam yang terletak di bangunan sama.

“Pembukaan PPV Dewan Merdeka juga bagi menaiktaraf kapasiti pemberian vaksin pada 1,600 dos sehari, sekali gus dapat mempercepatkan tahap imuniti kelompok melebihi 80 peratus di daerah ini.

“Ia juga membuka peluang pemberian vaksin secara datang terus atau walk-in kepada warga setempat yang belum mendapat temujanji MySejahtera,” ujar kenyataan tersebut.

PPV baru ini dapat juga dapat menampung pemberian vaksin untuk Fasa 4 dan seterusnya meliputi semua penduduk yang tinggal di Manjung meliputi pekerja bukan warganegara dan pelancong kategori pelayar.

Selain itu, PPV ini berupaya untuk dijadikan PPV hibrid iaitu bersekali dengan PPV secara pandu lalu sekiranya diperlukan pada masa hadapan.

“CITF Daerah Manjung akan membuat persiapan rapi bagi memastikan proses perpindahan petugas-petugas kesihatan dan sukarelawan berjalan dengan lancar.

“Sistem temujanji Mysejahtera akan memberi lokasi PPV Dewan Merdeka mulai 17 September, oleh itu penduduk di daerah Manjung perlu mengambil maklum pemindahan operasi vaksinasi ke PPV Dewan Merdeka,” ujar kenyataan tersebut. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI