fbpx

Covid-19: Bekas Ketua Penolong Pengarah Bukit Aman meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Bekas Ketua Penolong Pengarah (Pelucutan Harta), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Baharom Othman, 62, meninggal dunia akibat COVID-19, petang semalam.

Anak sulung Allahyarham, Mohd Hazdmeer Rezza Baharom, 33, berkata ayahnya dikesan mengalami gejala wabak itu pada 28 Ogos dan menjalani kuarantin di rumah sebelum dimasukkan ke wad biasa Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini, 1 September lalu.

Menurutnya, selain ayahnya turut positif Covid-19 ialah ibunya, Datin Siti Nurbaya Abdullah, 59, dia, serta dua adiknya, Nisha Nur Shazwani, 30, dan Mohd Azmel Razzi, 27.

“Kami tidak tahu di mana kami mendapat jangkitan ini dan mujurlah kami semua sudahpun mendapat dos lengkap vaksin. Bagaimanapun, ayah yang mempunyai sejarah penyakit diabetes dan darah tinggi mula dimasukkan ke wad serta diberikan bantuan alat penafasan.

“Keadaan kesihatan ayah semakin merosot selepas tiga hari di masukkan ke hospital. 3 September lalu, arwah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum ditidurkan pada petang hari sama,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Gambar yang dirakamkan mereka sekeluarga sebelum arwah ayahnya bersara.

Rezza yang sudah habis menjalani tempoh kuarantin berkata, pihak hospital semalam memaklumkan ayahnya telah meninggal dunia pada pukul 2.43 petang.

Menurutnya, jenazah ayahnya selamat dikebumikan di kampung halaman ayahnya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Terachi, Kuala Pilah, kira-kira jam 10 malam semalam.

“Ikutkan arwah ayah mempunyai hajat untuk menunaikan ibadah umrah dengan membawa kami 10 sekeluarga termasuk dua cucunya selepas pendemik Covid-19 ini berakhir.

“Sejak dari awal pendemik lagi ayah luahkan begitu kemudian ayah ulang lagi hajat yang sama ketika terdapat pengumuman rakyat Malaysia dijangka dibenarkan mengunjungi Arab Saudi untuk menunaikan ibadah umrah.

Menurutnya, dia berharap agar orang ramai terus mematuhi prosedur operasi standart (SOP) dan mengambil langkah berjaga-jaga walaupun pelbagai kelonggaran telah diberikan buat masa ini.

Arwah meninggalkan seorang isteri, empat anak dan dua cucu. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI