fbpx

Bekas kakitangan JAIM direman seleweng lebih RM195,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dipercayai terlibat dalam penyelewengan kutipan bayaran lebihan gaji guru kontrak bernilai RM195,765.75.

MELAKA – Seorang bekas Penolong Pegawai Tadbir Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan penyelewengan kutipan bayaran gaji guru kontrak bernilai lebih RM195,000, empat tahun lalu.

Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh membenarkan perintah reman terhadap suspek berusia 36 tahun itu sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Suspek tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh pada pukul 8.35 pagi dengan memakai baju lokap SPRM dan permohonan reman selesai kira-kira satu jam 30 minit kemudian.

Terdahulu, suspek ditahan kira-kira pukul 11.45 pagi semalam di pejabat SPRM Melaka selepas dipercayai terlibat dalam penyelewengan kutipan bayaran lebihan gaji guru kontrak bernilai RM195,765.75. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI