fbpx

Bebiri, kerbau antara ternakan semakin merosot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA: Tiga jenis haiwan ternakan domestik tempatan merekodkan kejatuhan dari segi bilangan di seluruh negara sepanjang 2020 lalu berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPV), babi adalah haiwan paling teruk mencatatkan kemerosotan agak signifikan dengan sejumlah 1,876,029 ekor haiwan tersebut yang diternak tahun lalu berbanding sebelumnya iaitu sebanyak 1,888,460 (2019), 1,967,538 (2018), 1,849,351 (2017) dan 1,654,381 (2016).

Menerusi laporan perangkaan tahunan itu juga didapati bebiri turut merekodkan kemerosotan sejumlah 121,173 ekor tahun lepas berbanding 121,677 (2019), 128,298 (2018), 130,658 (2017) dan 138,479 (2016).

Sementara kerbau juga berkurangan diternak di negara ini apabila mencatatkan 100,242 ekor pada 2020 daripada 101,695 (2019), 106,988 (2018), 114,013 (2017) dan 119,133 (2016).

“Bagaimanapun, ternakan kambing menunjukkan pemulihan dengan 320,203 ekor pada tahun lalu berbanding hanya 312,571 (2019), 359,200 (2018), 385,304 (2017) dan 415,529 (2016).

“Begitu juga lembu yang kembali mula banyak diternak balik sepanjang tahun lepas iaitu 659,317 ekor daripada cuma 657,407 (2019), 676,686 (2018), 703,832 (2017) dan 737,827 (2016),” kata laporan itu yang diterbitkan semalam.

Dari segi negeri, Perak kekal paling tinggi untuk ternakan babi, manakala Kelantan pula banyak bebiri, sementara Pahang mendominasi lembu serta Sabah menguasai kambing dan kerbau.

Dalam pada itu, JPV turut melaporkan peningkatan besar ternakan ayam pada tahun lalu sebanyak 300,145,315 ekor berbanding cuma 285,063,636 ekor sepanjang tahun sebelumnya.

Trend sama juga dicatatkan untuk itik apabila sejumlah 9,628,617 ekor telah diternak di seluruh negara sepanjang tahun lepas berbanding hanya 9,376,456 ekor pada tahun sebelum itu. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI